Friday, October 22, 2010

again...just to refresh the blog

so long tak jenguk ke blog ku ini, suddenly hati teringin nak post something kat sini..hajat hati nak tulis cerpen @ novel tapi belum dapat idea keseluruhan, so sementara nak datang idea tu, nak tulis sikit ttg luahan hati yg tension ni...

issshhh....tak tau plak apa yg nak diluahkan!!!lain kali la..

Friday, August 6, 2010

dah lama tak pos

ishhh...lamanya tak menjengah ke blog nih.. sebab terlampau la sibuk sgt2..dan lagi tak dak crita nak tulis..nantila kalu dah ada yg best tu akan dituliskan disini...

Thursday, July 1, 2010

IMPIAN SAYA....

Sebagai seorang ibu yg mempunyai 3 orang anak lelaki yg masih bersekolah rendah, dan tidak mempunyai pembantu rumah, saya mengimpikan agar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menukar warna dan jenis kain uniform sekolah. Saya mengimpikan warna uniform yg lebih gelap agar tidak nampak segala kekotoran yang melekat pada uniform tersebut bila anak anak saya pulang dari sekolah, disamping itu jenis kain nya jugak haruslah dibuat dari jenis kain t-shirt agar saya tidak perlu menyeterika sebaik saja lepas cuci...dalam erti kata lain, kalau uniform kotor, masukkan dalam mesin basuh, sidai dan terus pakai...tak perlu merendam, mangasingkan dengan baju berwarna lain, memberus tempat yg kotor dan yg penting tak perlu seterika...

Mengapa impian saya begitu????
Saya tidak kisah jika orang akan mengata saya pemalas...cuba bayangkan..setiap hari 3 uniform sekolah kotor, jika seminggu 15 uniform sekolah yang perlu dicuci dengan tangan, ini tidak termasuk dengan uniform sekolah agama iaitu baju dan seluar putih, seminggu ada 30 helai (baju dan seluar) utk dicuci, tambah dengan 15 helai baju sekolah ada 45 helai kesemuanya...berapa banyak masa yang perlu saya peruntukkan untuk melakukan kerja2 sebegitu...sedangkan saya boleh menggunakan masa ini utk kerja2 lain yg lebih penting seperti membantu anak2 dengan pelajaran mereka...Ini belum lagi termasuk baju kemeja suami dan seluar...dan belum termasuk lagi baju saya sendiri...jadi cuba bayangkan masa yang perlu dihabiskan....

Friday, June 25, 2010

MY KIDS IS MY KPI

Why i'm saying that???? I always asked myself why I have to worry when my kids cannot perform in their academics, because history shows that people yang excellent dlm academic selalunya failed in real life..because they cannot survive a real life and they don't have an adequate living skills to handle their life...tapi orang yang moderate dlm academics selallunya berjaya dalam hidup, mereka cekap berusaha mencari rezeki atau pandai dalam mengelolakan kehidupan berkeluarga dan yang penting, selalunya golongan ini arif dan masak dalam menangani tipu helah kehidupan...atau dalam erti kata lain , golongan yang tak excellent ini sebagai 'late bloomer'..pada awalnya mereka biasa2 sj, tapi di pengakhiran mereka excellent dalam serba serbi dan kebiasaannya golongan ini juga lebih disayangi majikan kerana mereka tidak kekok untuk membuat apa sj kerja yg diarahkan...Am I right??????

nanti la akan disambung lg...

ok, dah nak sambung balik..

why I said my kids is my kpi (key performance index)

eventhough I agreed with the statement that people with moderate academics achievement will suceed better than people with excellent academics performance, but for me, I still have to make sure that my kids will excell in their academics because if they fail in their academics, people will look at me and said that this is my failure for not concern about my kids, because I stay @ home, no professional job, so I have to make sure my kids excell in their academics...

optical illussions





Tuesday, June 22, 2010

one great achievement in my life....

Last night, I stay up until 2.00am because I just discover how to change a layout and theme for blog..I feel so excited my with achievement until I cannot sleep, so I change this and I change that until I satisfied with my new blog appeareance.... so this is it..a new face for my blog...!!!!

I like the theme very much,coz it got gambar2 kayu ni semua...natural look, natural color and I like all natural element on earth...so my target after this, is to make more personalise on this blog, may be I'll put more of my personal pictures...ada sapa2 nak tengok????...tungggggguuuuuuuuuu.................

Monday, June 21, 2010

how do I feel today??

today I feel so happy because at last yaseen managed to get an 'A' in mathematic for first semester exam. He got 84 marks, so I feel satisfied and happy because he seldom get an A for his mathe, so for this exam, I push him harder to make sure he can score A..actually I target A for science also, but unfortunately he just get 62 marks for science (his weak is on subjective paper coz for objective he got 31/40),btw it's ok for me, at least he show an improvement..
Personally for me, he can score A in mathe coz he know the concept and the way to solve mathe problems, but the main weakness is he always did a stupid mistakes @ careless...so the way to solve his problem is to make sure he practice everyday, because practice makes perfect!!!!...


Yesterday, our edu minister announced that govt may 'hapuskan' UPSR.....how I feel????
Not important how I feel because I agree with that because parents nowadays are too obsessed with exam..(especially myself..!!!!) so, kalu govt hapuskan terus, tak payah susah nak fikir hantar tuisyen atau tak cukup masa untuk fokus dlm bidang lain... tapi kalu hapuskan periksa2 ni, for sure yg paling terjejas cikgu2 pusat tuisyen..he..he..he..

ingin memulakan semula.......

hari ni, 21 june 2010,hari pertama budak2 sekolah start sekolah lepas cuti panjang 2 minggu, so hari ni ada la sikit waktu bertenang untuk aku i.e dari 2.30pm sampai 5.30pm sebab waktu tu ilyas n umar kat sekolah petang, yaseen kat kafa, n yg kecik tu for sure tidoq 2-3 jam petang2 yg nyaman macam ni..so hati aku tiba2 terdetik untuk menulis sesuatu dalam blog setelah hampir sebulan aku tidak menjengah langsung ke blog ni sebabnya sepanjang cuti sekolah, budak2 ni asyik riuh rendah kat rumah, jadiknye mana ada idea nak boleh keluaq,dah tu sibuk nak melayan depa punya hal saja...sebelum cuti sekolah pulak, sibuk nak tengok ulangkaji pelajaran diaorang sbb seminggu sebelum tu ada semester exam, jadinya memang berblog ni kena tolak tepi la...
btw, start today, aku berazam nak post something kat blog ni everyday...hopefully I will have strength and passion to achieve my goals....

Thursday, May 27, 2010

dedication to my husband

dah 12 tahun kami kahwin, tapi tak pernah sekalipun aku buat apa2 dedication untuk dia...masa mula2 kawin dulu, ada la bagi kad untuk birtday @ anniversary, tapi harapkan apa yg ditulis dalam kad tu aja, tak pernah pun aku tulis panjang2 untuk dia, setakat "I love you" saja kut, kalau tak silap la...
Tapi sekarang dah 12 tahun, rasanya aku teringin sangat nak dedicate something kat dia, tapi tak dak masa la nak mengarang benda2 romantik tu,nanti la, ingat dalam sehari dua ni boleh kut, dia dah byk berkorban untuk aku, segala yg dia buat, dia fokuskan untuk masa depan keluarga, aku rasa tersentuh sangat2, tapi tak pernah nak ucapkan trima kasih atas segala pengorbanan dia..nanti la aku akan cari masa yang sesuai dan tenang sbb sekarang ni kehidupan seharian tak pernah ada masa bertenang, asyik kelam kabut dengan kerja kerja rumah, nak tulis blog pun kadang2 anak yg kecik sekali tu menyibuk nak duduk atas riba, macam mana idea nak datang??

Tuesday, May 11, 2010

THE RULES.....






The Female always makes The Rules
The Rules are subject to change at any time without prior notice!!

No Male can possibly know all The Rules
If The Female suspects The Male knows all The Rules
she must immediately change some or all The Rules

The Female is never wrong
If The Female is wrong,
It is due to misunderstanding which was the direct result of
something The Male said or did which was wrong...

The Male must apologise immediately for causing said misunderstanding.

The Male is always wrong.

The Male may be right if he agrees with The Female
......unless she wants him to disagree

The Female may change her mind at any time.
The Male may never change his mind without the express written consent of The Female

The Female has any right to be angry or upset at any time.
The Male must remain calm @ all time unless The Female wants him to be angry or upset
The Female must under no circumstances let The Male know whether she wants him to be angry or upset.

The Male is expected to mind read at all times!

The Female is ready when she is ready
The Male must be ready at all times..@nz







Apa dah jadi..apa patut kita buat????

Crita kat bawah ni menceritakan tentang phenomena budak2 sekolah sekarang..membaca cerita ni membuatkan rasa macam nak menangis dan tersentuh sangat2...kenapa..????
Pertama, saya pun ada anak lelaki berusia 11 tahun, kedua, budak2 yang terlibat ni sure anak anak melayu, bangsa kita dan sebab utamanya ialah memikirkan apa dah jadi dengan dunia hari ni..takut balasan Allah yang akan menimpa pada kita...

Tapi apa yang patut kita buat??

Yang pasti, kita tak boleh mengawal sepenuhnya setiap pergerakan anak2 sbb ibu bapa bekerja, anak balik lambat dari sekolah pun bukannya kita tahu melainkan kalau kita sendiri menjemput anak dari sekolah, kat rumah macamana nak pastikan anak2 tak melayari internet site yg merapu sbb kita tak dak kat rumah, kalau kat sekolah pulak boleh ke kita make sure anak2 tak bercakap benda2 tak berfaedah...tentulah tak boleh, kita hanya boleh berpesan kat anak2, mereka hanya mengangguk tanda faham, tapi bila di sekolah ,dah bercampur ngan kekawan, kadang2 sampai lupa pesan mak ayah...

Jadi apa yang patut kita buat??

Yang pasti, kita kembali ke pangkal jalan....ikuti segala perintah Allah, terapkan nilai nilai Islam dalam jiwa anak anak, beratkan kewajipan bersolat dan membaca Quran, dan selebihnya kita berdoa dan bertawakkal pada Allah agar dia memelihara anak2 kita dari segala musibah dan malapetaka....

Yang pasti, apa yang tertulis di entri nih adalah peringatan untuk diriku sendiri kerana yang pasti aku ada empat anak lelaki yang memerlukan sepenuh perhatian untuk berdikari...

2010/05/09 (metro ahad)

MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.

Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.


Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.


“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).


“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.


“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Thursday, May 6, 2010

masa bila budak2 ni nak belajar??..............

budak2 sekarang ni byk betul aktiviti diorang nak buat, entah bila masa diorang nak belajar,ni aktiviti anak i yg darjah 5, pagi p sekolah sampai pukul 1, lepas tu balik rumah,makan nasik, siap2 pulak kena p kelas kafa( kelas ugama),balik pukul 5.30, tukar baju p main bola kat padang, apa tidaknya , kwn2 dah lama dok menunggu, tak cukup pemain,kalu tak pegi main rugi besar rasanya, lepas tu balik rumah pukul 7, sejukkan badan, mandi, solat, mengaji quran dan makan sampai pukul 8.30, lepas tu solat isyak, dalam pukul 8.45 baru boleh start belajar, tu pun tak sampai sejam, sbb 9.30 dah mengantuk, maklumlah penat mengejar bola kat padang.. tu hanya belajar kat rumah, belum lagi dihantar pergi tuisyen lah, kelas karate, kelas piano dan mcm2 kelas lg yg bebudak lain pergi, rasanya boleh ke budak2 ni buat semua tu??? macam mana la dengan budak2 yg masuk macam2 kelas kemahiran tu, tambah lagi dgn kelas tuisyen, ada ke masa diorang nak bersantai???? kadang2 bukan apa, kesian budak2 ni, nak tengok kartun pun tak sempat,...boleh ke diorang serap semua2 tu....??????????????

Wednesday, May 5, 2010

uhhh..tak sempat nak post entry kat blog nih..

lately,busy sangat2 dgn kerja2..jadinya tak sempatla nak mengepos anything kat blog ni..by the way, tadi ingat nak buat budget la utk rumah, supaya tak melalut sangat kalau masa shopping barang rumah tu..ingat nak budget kan beli barang keperluan cukup2 dgn peruntukan yg dapat dari suami..sbb selalunya tiap2 bulan mesti overspend dgn duit yg suami bagi sbb beli barang yg ntah apa2 la bendanya...

Thursday, April 29, 2010

KEBESARAN ALLAH....FIKIR-FIKIRKAN LAH..




















sesungguhnya Allah itu maha berkuasa....renungkanlah gambar gambar dibawah ini, kemudian tepuk dada tanyalah iman bagaimana untuk kita menginterpretasikan gambar ini..dari aspek negatif kah (kelucahan) atau positifkah ia (kebesaran Allah)???


ps: foto2 ini diambil dari sebuah blog yang saya tak ingat namanya....maaf yeaa!!..

Wednesday, April 28, 2010

bila suami bertukar menjadi isteri...

just now, terbaca satu kisah ni kat weblog, menarik jugak..harap2 semua para suami akan menjadi insaf jika membaca kisah menyayat hati ini............dan hargailah pengorbanan,sumbangan dan kasih sayang isteri dalam mahligai kehidupan anda..



kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !

~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya….


ps: kisah teladan ni diambil dari rahman88.weblog

arwah aminulrasyid bin hamzah

Baru lepas baca tentang kisah malang aminulrasyid, hati sebagai seorang ibu tiba2 terlalu sayu...tersangat2 sayu dengan kejadian yg menimpanya...kalau saya sebagai orang yg tak pernah kenal aminulrasyid terasa sangat sayu, apatah lagi hati ibu kandungnya...takziah diucapkan..tetiba aku terkenangkan anak2 ku yg kesemuanya lelaki,aku memohon dijauhkan segala malapetaka begitu kepada mereka....

nauzubillah...

kepada ibu aminulrasyid..semoga tabah menghadapi segalanya..Allah bersama orang orang yg benar...

ps: kepada orang2 yang terlibat dalam kes aminulrasyid, cuma satu yg dipinta....cuba bayangkan yg budak 15 tahun itu adalah 'anak anda'.....apa yang dirasa??????

nak buat aktviti apa dengan budak2 4-11 tahun??







kadang2 kita mak bapak terlalu bergantung sangat pada tv untuk memenuhi masa lapang anak2 kita...kalau kita busy, kita tak kisah kalau anak2 nak tengok tv,janji dia orang tak kacau kita buat kerja....tapi pernah tak kita fikirkan apa pengaruh yg diresapi oleh kanak2 tu masa sedang tengok tv, even kalu tengok kartun pun akan ada pengaruh yg tak baik, apatah lagi kalau tengok program2 yg agak dewasa.. tapi tu lah kita, termasuk saya sendiri terlalu bergantung pada tv untuk mengelakkan diri dari anak2 kita.
Tapi kalau kita tak guna tv untuk diorang tengok, apa aktiviti yg kita blh buat bersama dgn anak2??....main game komputer? PSP, PS2,itupun adik beradik tv lah!!!habih tu camner??
Yang boleh saya fikirkan ketika ini ialah main dam, chess,monopoly, scrabble,dan utk bebudak yg kecik sikit boleh la kita print apa2 gambar dari internet, mcm finding nemo ke atau hero kesukaan diorang, lepas tu suruh la dia color kan...tak pun masa kita memasak kat dapur, bagi la sikit sayur2 tu dgn pisau kek, suruh dia tolong potongkan..lagi satu buat kraf tangan dngan bebudak ni, kalau budak pompuan, boleh la mak tolong belikan kain untuk jait cross stitch,(kain yg petak besar2),then suruh depa belajar jait cross stitch...kalau dulu2 mak kita selalu ajar kait benang, bunga anggur la, nenas la, tali air,mcm2 lagilah..lepas berpeluh2 punya mengait, dapat la satu alas meja...achievement kan...!!!!

ps:baru teringat, dah lama tak main congkak,kat mana nak cari congkak kayu haa..??ingat nak ajar bebudak ni main congkak la,boleh jugak sharpen their mathe skills!!

Sunday, April 25, 2010

nak guna detergent apa??


i got problem wif my laundry especially baju putih i.e uniform sekolah kebangsaan dan sekolah agama, imagine i got 3 schooling sons, they are very active and don't know how to take care of their own uniforms, bila balik sekolah aje, mesti baju kotor, walaupun baru pakai sehari, my sons yr 5,yr 3 and yr 1, so can u imagine satu hari utk sorang dah pakai 3 helai baju putih i.e baju sekolah-1, baju sekolah agama-2 (baju dan seluar),so kalau 3 org, tak ke 3x3=9 helai, i wish that i can just put their dirty uniforms terus dalam mesin basuh w/o need to berus dan rendam, tapi bila buat macam tu, kotoran tak hilang, pi mai pi mai kena rendam semalaman dan berus jugak esoknya sblm masuk dlm washing machine.. so kalaulah ada detergent yg blh membantu, i wish detergent yg terus masuk dlm machine, dia tukar baju anak2 i jd putih melepak.
currently i dah pakai mcm mcm brand, kuat harimau lah, biozip,puteri emas dan yg mahal sikit, mcm breeze, dinamo, fab, tapi hasilnya masih tidak memuaskan...kalau boleh tak naklah guna clorox sbb kalau selalu guna, baju cepat rosak,so kalu ada sapa2 yg tau ttg detergent ajaib nih, tolonglah bagi tau...

Thursday, April 22, 2010

maggi cukup rasa


sapa2 selalu guna maggi cukup rasa..penambah perisa semua dalam satu...? actually saya selalu masak sayur guna yg ini,ianya mmg menjadikan masakan sayur kita sedap, so far saya guna utk masak sayur je, masakan lain tak pernah masukkan yg ini lagi..ingat nanti nak try kukus ikan bubuh maggi cukup rasa ni(mcm dalam iklan yg datuk khadijah buat tu)..rasanya mesti kaw kut!!actually bukan nya apa, disamping kebaikan nya utk buat sayur kita masak tu sedap, saya ada terpikir jugak, ok ke utk kesihatan kita dan anak2, ada kesan sampingan tak? sbb kalu baca kat ingredients tu, katanya ada mononatrium glutamat, natrium inosinat dan guanilat sebagai penambah perisa yg dibenarkan...apa ha benda semua2 tu??dia macam aji no moto ke yg selalu mak2 kita guna masa dulu?? tapi budak2 ni pun satu, bila kita masak sayur guna maggi cukup rasa, diaorang kata sayur mak masak sedap, lepas tu depa makan, tapi bila masak sayur letak garam sj, depa kata tak sedap, lepas tu depa makan, tapi sikit sj, sebagai syarat tak nak bagi kita berleter sbb tak ambil sayur..last2 si mak ni pun apa lagi, terdorong la utk memasak menggunakan maggi cukup rasa...

ha..ha...i feel addicted already...................

i think myself dah addicted to blog already la..just now in the morning, masa tengah masak makan tengahari, tak sabar rasanya nak blogging, suddenly macam2 idea keluar kat otak nih...rasanya nak sj tinggalkan dapur tu dan datang lepak kat computer, tp mengenangkan ada 2 anak yg nak pergi sekolah sessi petang (yr 1 & yr 3),kena la habihkan aktiviti memasak tu, lepas tu bila dah habis masak, sibuk nak kena menghantar ke sekolah plak, lepas tu tunggu yg abang sulung (yr 5) balik dr sekolah,pi mai pi mai tak sempat la nak memblogging, tunggu la sampai malam,bila anak2 dah tidur, baru sempat nak menatap computer ni..and as usual, bila dok depan computer sj,tak dak idea yg keluar pulak...

desperate housewives




suka tengok crita desperate housewives (TV8,10.30pm hari selasa)?
kalu tengokkan tajuknya memanglah crita 18sx, tapi sebenarnya ia tidak lah begitu sangat, crita ni lebih tentang friendship-how you handle it, about neighbourhood-how to settle problem among your neighbours, and how to take care of your own kids,critanya tak dak lah yg jerit sana sini mcm crita melayu,walaupun antara mereka tengah marah @ bengang dgn jiran lain, tak ada la adegan2 bergusti @ maki hamun,diorang hanya sindir menyindir yg tajam dan tepat....the way diorang solve problem sesama jiran pun very harmonious,x payah ada cekak pinggang, datang serang rumah jiran atau kata mengata..rasanya x macam dalam drama melayu kut..kalau ada konflik sikit, terus datang serang orang,jerit2 dah jadi perkara biasa, tu tak masuk lagi adegan menangis dan makan...dah la skrip drama melayu very lame, dah tu pulak, cuba kita perhatikan hampir kesemua dramanya ada adegan menangis kalau sedih@ kecewa, adegan makan lepas tu bergaduh dan tinggalkan meja makan, lepas tu adegan jerit menjerit kalau nak start bergaduh... kenapa adegan sedang membaca buku @ aktiviti yg sihat mcm berkebun, jarang dipaparkan..??

tapi tak semua drama melayu begitu, mungkin ada 5-10% drama melayu yang betul2 ok dn bermutu..apa yg saya tulis adalah apa yg ditonton @ 'termenonton' di TV setiap hari dn utk pengetahuan semua, saya jarang mengikuti perjalanan drama melayu sepenuhnya,sebab bila sj sampai adegan nangis @ jerit jerit nih, terus tukar channel lain, tak leh nak p la......

berbalik kepada crita desperate housewives tadi, saya mengikuti semua episod nya dari tahun 3 sampai sekarang, setiap episod tak pernah boring, cuma yg boringnya iklan in between yang terlalu lama,kadang2 tu sempat p basuh pinggan yg penuh kat sinki tu,lepaih tu bubuh baju dalam washing machine, tu tak kira lagi bancuh milo utk cecah dgn roti,kalau nak ikutkan setiap episod tak la sampai satu jam, mungkin 40minit je kut, iklan punya hal, issh boring sungguh dengan iklan nihhh!!!!

ok la, nanti la sambung lagi ttg crita nih, nak crita dan ulas mmg la panjang,lain kali la sambung, dah ngantuk la....

Monday, April 19, 2010

entry yg ke-2

actually tak dak topik yg specific untuk ditulis, saya baru habis baca semua paper dlm internet i.e the sun, the star, harian metro, kosmo dan nst, semuanya crita ttg by election kat hulu selangor, ok la, boleh le nak baca sepintas lalu....tak la boring sangat crita politik nih compared to berita sukan..(jangan marah !!)

ok la, tak payah la nak mengulas crita politik nih..byk lagi blogger lain boleh ulaskan, sebenarnya tengah dok pening memikirkan ttg bekal anak nak bawak ke sekolah...budak2 ni tiap hari bawak bekal ke sekolah,duit tak bawak, tp bila hujung bulan, my husband akan bagi la sorang rm30 sebagai ganti tak bawak duit ke sekolah, rasenya ok jugak buat mcm tu, sbb dengan rm30 tu la, diorang guna utk beli mainan depa,kita mak bapak x payah lg nak keluarkan duit extra utk beli mainan....my husband dah ajar, kalau duit yg ada tak cukup, jgn beli lagi mainan tu, kumpul dulu sampai cukup @ combine duit dengan abg @ adik..... hasilnya dari duit tu lah campur sikit2 dgn duit raya, my kids dapat beli sony PSP ngan PS2...even CD game yg satu lima ringgit tu pun depa guna duit sendiri sbb dah bg warning awai2, kalu nak beli game, guna duit sendiri......



Jadinya sekarang ni diorang dah boring dgn menu bekal yg selalu dibawak, budak2 ni suruh tukar, tp tak dak idea la..........................



currently, menu nya sosej, nugget, nasi goreng, roti krim gardenia/high 5 yang satu 60sen tu.... atau sekali sekala bawak roti yg dibeli dari bakery, kalau nak bawak frozen food mcm karipap @ donut selalunya akan jadi keras bila waktu rehat nanti..kesian pulak budak2 ni nak mengunyah.............

kalau nak beli kuih @ nasi lemak, selalunya tak sempat, sbb org ramai pagi2 ni beratur...
tu lah..buntu betul fikiran nak memikirkan benda2 macam nih!!!!! tu tak masuk lg ttg nak masak apa waktu tengahari nanti, tu pun lagi satu isu besar untuk ditangani... macam tu lah kalau dah jadi surirumah ni...

ok la, mata dah ngantuk sangat nih, sbb petang tadi, aktiviti harian heavy sangat...
bye...

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM



eeeh...macamana nak start tulis blog nihh....

sebenarnya saya ni buta IT,umur dah lewat 30an, work@home mum, anak lelaki 4 org, tak ada anak pompuan,yg saya tahu tentang IT ialah surf internet cari benda apa nak baca (especially newspapers),atau tolong cari bank soalan utk anak2, then check email...other than that, i don't know, yang nak start blogging ni pun sbb ada masa sikit sekarang ni, tak busy sangat dengan kerja kat rumah, jadinya tak nak lah dikatakan ketinggalan zaman, sbb tu nak start blogging nihh, lagi pun boleh jugak mencurahkan isi isi yg terbuku di hati sbb tak byk masa nak bercerita dgn kengkawan........

so this will be my first posting, I feel so teruk....hopefully I will get a constructive comments from anybody who interested to comment about my first posting...

I will @ my best to consistently post entry for this blog, may be 2-3 hari sekali @ sehari sekali...

ok la, laen kali akan post lagi, kalau tak dak org nak baca pun, tak pe lah, I akan baca sendiri...
eeeiii kesiannya!!