Monday, April 19, 2010

entry yg ke-2

actually tak dak topik yg specific untuk ditulis, saya baru habis baca semua paper dlm internet i.e the sun, the star, harian metro, kosmo dan nst, semuanya crita ttg by election kat hulu selangor, ok la, boleh le nak baca sepintas lalu....tak la boring sangat crita politik nih compared to berita sukan..(jangan marah !!)

ok la, tak payah la nak mengulas crita politik nih..byk lagi blogger lain boleh ulaskan, sebenarnya tengah dok pening memikirkan ttg bekal anak nak bawak ke sekolah...budak2 ni tiap hari bawak bekal ke sekolah,duit tak bawak, tp bila hujung bulan, my husband akan bagi la sorang rm30 sebagai ganti tak bawak duit ke sekolah, rasenya ok jugak buat mcm tu, sbb dengan rm30 tu la, diorang guna utk beli mainan depa,kita mak bapak x payah lg nak keluarkan duit extra utk beli mainan....my husband dah ajar, kalau duit yg ada tak cukup, jgn beli lagi mainan tu, kumpul dulu sampai cukup @ combine duit dengan abg @ adik..... hasilnya dari duit tu lah campur sikit2 dgn duit raya, my kids dapat beli sony PSP ngan PS2...even CD game yg satu lima ringgit tu pun depa guna duit sendiri sbb dah bg warning awai2, kalu nak beli game, guna duit sendiri......



Jadinya sekarang ni diorang dah boring dgn menu bekal yg selalu dibawak, budak2 ni suruh tukar, tp tak dak idea la..........................



currently, menu nya sosej, nugget, nasi goreng, roti krim gardenia/high 5 yang satu 60sen tu.... atau sekali sekala bawak roti yg dibeli dari bakery, kalau nak bawak frozen food mcm karipap @ donut selalunya akan jadi keras bila waktu rehat nanti..kesian pulak budak2 ni nak mengunyah.............

kalau nak beli kuih @ nasi lemak, selalunya tak sempat, sbb org ramai pagi2 ni beratur...
tu lah..buntu betul fikiran nak memikirkan benda2 macam nih!!!!! tu tak masuk lg ttg nak masak apa waktu tengahari nanti, tu pun lagi satu isu besar untuk ditangani... macam tu lah kalau dah jadi surirumah ni...

ok la, mata dah ngantuk sangat nih, sbb petang tadi, aktiviti harian heavy sangat...
bye...

No comments:

Post a Comment