Tuesday, May 11, 2010

Apa dah jadi..apa patut kita buat????

Crita kat bawah ni menceritakan tentang phenomena budak2 sekolah sekarang..membaca cerita ni membuatkan rasa macam nak menangis dan tersentuh sangat2...kenapa..????
Pertama, saya pun ada anak lelaki berusia 11 tahun, kedua, budak2 yang terlibat ni sure anak anak melayu, bangsa kita dan sebab utamanya ialah memikirkan apa dah jadi dengan dunia hari ni..takut balasan Allah yang akan menimpa pada kita...

Tapi apa yang patut kita buat??

Yang pasti, kita tak boleh mengawal sepenuhnya setiap pergerakan anak2 sbb ibu bapa bekerja, anak balik lambat dari sekolah pun bukannya kita tahu melainkan kalau kita sendiri menjemput anak dari sekolah, kat rumah macamana nak pastikan anak2 tak melayari internet site yg merapu sbb kita tak dak kat rumah, kalau kat sekolah pulak boleh ke kita make sure anak2 tak bercakap benda2 tak berfaedah...tentulah tak boleh, kita hanya boleh berpesan kat anak2, mereka hanya mengangguk tanda faham, tapi bila di sekolah ,dah bercampur ngan kekawan, kadang2 sampai lupa pesan mak ayah...

Jadi apa yang patut kita buat??

Yang pasti, kita kembali ke pangkal jalan....ikuti segala perintah Allah, terapkan nilai nilai Islam dalam jiwa anak anak, beratkan kewajipan bersolat dan membaca Quran, dan selebihnya kita berdoa dan bertawakkal pada Allah agar dia memelihara anak2 kita dari segala musibah dan malapetaka....

Yang pasti, apa yang tertulis di entri nih adalah peringatan untuk diriku sendiri kerana yang pasti aku ada empat anak lelaki yang memerlukan sepenuh perhatian untuk berdikari...

2010/05/09 (metro ahad)

MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.

Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.


Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.


“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).


“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.


“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

No comments:

Post a Comment