Jika sesiapa terjumpa blog ini, anda dibenarkan membaca atau mengomen....tapi diharap jangan mengutuk....
Thursday, May 6, 2010
masa bila budak2 ni nak belajar??..............
budak2 sekarang ni byk betul aktiviti diorang nak buat, entah bila masa diorang nak belajar,ni aktiviti anak i yg darjah 5, pagi p sekolah sampai pukul 1, lepas tu balik rumah,makan nasik, siap2 pulak kena p kelas kafa( kelas ugama),balik pukul 5.30, tukar baju p main bola kat padang, apa tidaknya , kwn2 dah lama dok menunggu, tak cukup pemain,kalu tak pegi main rugi besar rasanya, lepas tu balik rumah pukul 7, sejukkan badan, mandi, solat, mengaji quran dan makan sampai pukul 8.30, lepas tu solat isyak, dalam pukul 8.45 baru boleh start belajar, tu pun tak sampai sejam, sbb 9.30 dah mengantuk, maklumlah penat mengejar bola kat padang.. tu hanya belajar kat rumah, belum lagi dihantar pergi tuisyen lah, kelas karate, kelas piano dan mcm2 kelas lg yg bebudak lain pergi, rasanya boleh ke budak2 ni buat semua tu??? macam mana la dengan budak2 yg masuk macam2 kelas kemahiran tu, tambah lagi dgn kelas tuisyen, ada ke masa diorang nak bersantai???? kadang2 bukan apa, kesian budak2 ni, nak tengok kartun pun tak sempat,...boleh ke diorang serap semua2 tu....??????????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment