dah 12 tahun kami kahwin, tapi tak pernah sekalipun aku buat apa2 dedication untuk dia...masa mula2 kawin dulu, ada la bagi kad untuk birtday @ anniversary, tapi harapkan apa yg ditulis dalam kad tu aja, tak pernah pun aku tulis panjang2 untuk dia, setakat "I love you" saja kut, kalau tak silap la...
Tapi sekarang dah 12 tahun, rasanya aku teringin sangat nak dedicate something kat dia, tapi tak dak masa la nak mengarang benda2 romantik tu,nanti la, ingat dalam sehari dua ni boleh kut, dia dah byk berkorban untuk aku, segala yg dia buat, dia fokuskan untuk masa depan keluarga, aku rasa tersentuh sangat2, tapi tak pernah nak ucapkan trima kasih atas segala pengorbanan dia..nanti la aku akan cari masa yang sesuai dan tenang sbb sekarang ni kehidupan seharian tak pernah ada masa bertenang, asyik kelam kabut dengan kerja kerja rumah, nak tulis blog pun kadang2 anak yg kecik sekali tu menyibuk nak duduk atas riba, macam mana idea nak datang??
No comments:
Post a Comment