Thursday, April 29, 2010

KEBESARAN ALLAH....FIKIR-FIKIRKAN LAH..




















sesungguhnya Allah itu maha berkuasa....renungkanlah gambar gambar dibawah ini, kemudian tepuk dada tanyalah iman bagaimana untuk kita menginterpretasikan gambar ini..dari aspek negatif kah (kelucahan) atau positifkah ia (kebesaran Allah)???


ps: foto2 ini diambil dari sebuah blog yang saya tak ingat namanya....maaf yeaa!!..

Wednesday, April 28, 2010

bila suami bertukar menjadi isteri...

just now, terbaca satu kisah ni kat weblog, menarik jugak..harap2 semua para suami akan menjadi insaf jika membaca kisah menyayat hati ini............dan hargailah pengorbanan,sumbangan dan kasih sayang isteri dalam mahligai kehidupan anda..



kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !

~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya….


ps: kisah teladan ni diambil dari rahman88.weblog

arwah aminulrasyid bin hamzah

Baru lepas baca tentang kisah malang aminulrasyid, hati sebagai seorang ibu tiba2 terlalu sayu...tersangat2 sayu dengan kejadian yg menimpanya...kalau saya sebagai orang yg tak pernah kenal aminulrasyid terasa sangat sayu, apatah lagi hati ibu kandungnya...takziah diucapkan..tetiba aku terkenangkan anak2 ku yg kesemuanya lelaki,aku memohon dijauhkan segala malapetaka begitu kepada mereka....

nauzubillah...

kepada ibu aminulrasyid..semoga tabah menghadapi segalanya..Allah bersama orang orang yg benar...

ps: kepada orang2 yang terlibat dalam kes aminulrasyid, cuma satu yg dipinta....cuba bayangkan yg budak 15 tahun itu adalah 'anak anda'.....apa yang dirasa??????

nak buat aktviti apa dengan budak2 4-11 tahun??







kadang2 kita mak bapak terlalu bergantung sangat pada tv untuk memenuhi masa lapang anak2 kita...kalau kita busy, kita tak kisah kalau anak2 nak tengok tv,janji dia orang tak kacau kita buat kerja....tapi pernah tak kita fikirkan apa pengaruh yg diresapi oleh kanak2 tu masa sedang tengok tv, even kalu tengok kartun pun akan ada pengaruh yg tak baik, apatah lagi kalau tengok program2 yg agak dewasa.. tapi tu lah kita, termasuk saya sendiri terlalu bergantung pada tv untuk mengelakkan diri dari anak2 kita.
Tapi kalau kita tak guna tv untuk diorang tengok, apa aktiviti yg kita blh buat bersama dgn anak2??....main game komputer? PSP, PS2,itupun adik beradik tv lah!!!habih tu camner??
Yang boleh saya fikirkan ketika ini ialah main dam, chess,monopoly, scrabble,dan utk bebudak yg kecik sikit boleh la kita print apa2 gambar dari internet, mcm finding nemo ke atau hero kesukaan diorang, lepas tu suruh la dia color kan...tak pun masa kita memasak kat dapur, bagi la sikit sayur2 tu dgn pisau kek, suruh dia tolong potongkan..lagi satu buat kraf tangan dngan bebudak ni, kalau budak pompuan, boleh la mak tolong belikan kain untuk jait cross stitch,(kain yg petak besar2),then suruh depa belajar jait cross stitch...kalau dulu2 mak kita selalu ajar kait benang, bunga anggur la, nenas la, tali air,mcm2 lagilah..lepas berpeluh2 punya mengait, dapat la satu alas meja...achievement kan...!!!!

ps:baru teringat, dah lama tak main congkak,kat mana nak cari congkak kayu haa..??ingat nak ajar bebudak ni main congkak la,boleh jugak sharpen their mathe skills!!

Sunday, April 25, 2010

nak guna detergent apa??


i got problem wif my laundry especially baju putih i.e uniform sekolah kebangsaan dan sekolah agama, imagine i got 3 schooling sons, they are very active and don't know how to take care of their own uniforms, bila balik sekolah aje, mesti baju kotor, walaupun baru pakai sehari, my sons yr 5,yr 3 and yr 1, so can u imagine satu hari utk sorang dah pakai 3 helai baju putih i.e baju sekolah-1, baju sekolah agama-2 (baju dan seluar),so kalau 3 org, tak ke 3x3=9 helai, i wish that i can just put their dirty uniforms terus dalam mesin basuh w/o need to berus dan rendam, tapi bila buat macam tu, kotoran tak hilang, pi mai pi mai kena rendam semalaman dan berus jugak esoknya sblm masuk dlm washing machine.. so kalaulah ada detergent yg blh membantu, i wish detergent yg terus masuk dlm machine, dia tukar baju anak2 i jd putih melepak.
currently i dah pakai mcm mcm brand, kuat harimau lah, biozip,puteri emas dan yg mahal sikit, mcm breeze, dinamo, fab, tapi hasilnya masih tidak memuaskan...kalau boleh tak naklah guna clorox sbb kalau selalu guna, baju cepat rosak,so kalu ada sapa2 yg tau ttg detergent ajaib nih, tolonglah bagi tau...

Thursday, April 22, 2010

maggi cukup rasa


sapa2 selalu guna maggi cukup rasa..penambah perisa semua dalam satu...? actually saya selalu masak sayur guna yg ini,ianya mmg menjadikan masakan sayur kita sedap, so far saya guna utk masak sayur je, masakan lain tak pernah masukkan yg ini lagi..ingat nanti nak try kukus ikan bubuh maggi cukup rasa ni(mcm dalam iklan yg datuk khadijah buat tu)..rasanya mesti kaw kut!!actually bukan nya apa, disamping kebaikan nya utk buat sayur kita masak tu sedap, saya ada terpikir jugak, ok ke utk kesihatan kita dan anak2, ada kesan sampingan tak? sbb kalu baca kat ingredients tu, katanya ada mononatrium glutamat, natrium inosinat dan guanilat sebagai penambah perisa yg dibenarkan...apa ha benda semua2 tu??dia macam aji no moto ke yg selalu mak2 kita guna masa dulu?? tapi budak2 ni pun satu, bila kita masak sayur guna maggi cukup rasa, diaorang kata sayur mak masak sedap, lepas tu depa makan, tapi bila masak sayur letak garam sj, depa kata tak sedap, lepas tu depa makan, tapi sikit sj, sebagai syarat tak nak bagi kita berleter sbb tak ambil sayur..last2 si mak ni pun apa lagi, terdorong la utk memasak menggunakan maggi cukup rasa...

ha..ha...i feel addicted already...................

i think myself dah addicted to blog already la..just now in the morning, masa tengah masak makan tengahari, tak sabar rasanya nak blogging, suddenly macam2 idea keluar kat otak nih...rasanya nak sj tinggalkan dapur tu dan datang lepak kat computer, tp mengenangkan ada 2 anak yg nak pergi sekolah sessi petang (yr 1 & yr 3),kena la habihkan aktiviti memasak tu, lepas tu bila dah habis masak, sibuk nak kena menghantar ke sekolah plak, lepas tu tunggu yg abang sulung (yr 5) balik dr sekolah,pi mai pi mai tak sempat la nak memblogging, tunggu la sampai malam,bila anak2 dah tidur, baru sempat nak menatap computer ni..and as usual, bila dok depan computer sj,tak dak idea yg keluar pulak...

desperate housewives




suka tengok crita desperate housewives (TV8,10.30pm hari selasa)?
kalu tengokkan tajuknya memanglah crita 18sx, tapi sebenarnya ia tidak lah begitu sangat, crita ni lebih tentang friendship-how you handle it, about neighbourhood-how to settle problem among your neighbours, and how to take care of your own kids,critanya tak dak lah yg jerit sana sini mcm crita melayu,walaupun antara mereka tengah marah @ bengang dgn jiran lain, tak ada la adegan2 bergusti @ maki hamun,diorang hanya sindir menyindir yg tajam dan tepat....the way diorang solve problem sesama jiran pun very harmonious,x payah ada cekak pinggang, datang serang rumah jiran atau kata mengata..rasanya x macam dalam drama melayu kut..kalau ada konflik sikit, terus datang serang orang,jerit2 dah jadi perkara biasa, tu tak masuk lagi adegan menangis dan makan...dah la skrip drama melayu very lame, dah tu pulak, cuba kita perhatikan hampir kesemua dramanya ada adegan menangis kalau sedih@ kecewa, adegan makan lepas tu bergaduh dan tinggalkan meja makan, lepas tu adegan jerit menjerit kalau nak start bergaduh... kenapa adegan sedang membaca buku @ aktiviti yg sihat mcm berkebun, jarang dipaparkan..??

tapi tak semua drama melayu begitu, mungkin ada 5-10% drama melayu yang betul2 ok dn bermutu..apa yg saya tulis adalah apa yg ditonton @ 'termenonton' di TV setiap hari dn utk pengetahuan semua, saya jarang mengikuti perjalanan drama melayu sepenuhnya,sebab bila sj sampai adegan nangis @ jerit jerit nih, terus tukar channel lain, tak leh nak p la......

berbalik kepada crita desperate housewives tadi, saya mengikuti semua episod nya dari tahun 3 sampai sekarang, setiap episod tak pernah boring, cuma yg boringnya iklan in between yang terlalu lama,kadang2 tu sempat p basuh pinggan yg penuh kat sinki tu,lepaih tu bubuh baju dalam washing machine, tu tak kira lagi bancuh milo utk cecah dgn roti,kalau nak ikutkan setiap episod tak la sampai satu jam, mungkin 40minit je kut, iklan punya hal, issh boring sungguh dengan iklan nihhh!!!!

ok la, nanti la sambung lagi ttg crita nih, nak crita dan ulas mmg la panjang,lain kali la sambung, dah ngantuk la....

Monday, April 19, 2010

entry yg ke-2

actually tak dak topik yg specific untuk ditulis, saya baru habis baca semua paper dlm internet i.e the sun, the star, harian metro, kosmo dan nst, semuanya crita ttg by election kat hulu selangor, ok la, boleh le nak baca sepintas lalu....tak la boring sangat crita politik nih compared to berita sukan..(jangan marah !!)

ok la, tak payah la nak mengulas crita politik nih..byk lagi blogger lain boleh ulaskan, sebenarnya tengah dok pening memikirkan ttg bekal anak nak bawak ke sekolah...budak2 ni tiap hari bawak bekal ke sekolah,duit tak bawak, tp bila hujung bulan, my husband akan bagi la sorang rm30 sebagai ganti tak bawak duit ke sekolah, rasenya ok jugak buat mcm tu, sbb dengan rm30 tu la, diorang guna utk beli mainan depa,kita mak bapak x payah lg nak keluarkan duit extra utk beli mainan....my husband dah ajar, kalau duit yg ada tak cukup, jgn beli lagi mainan tu, kumpul dulu sampai cukup @ combine duit dengan abg @ adik..... hasilnya dari duit tu lah campur sikit2 dgn duit raya, my kids dapat beli sony PSP ngan PS2...even CD game yg satu lima ringgit tu pun depa guna duit sendiri sbb dah bg warning awai2, kalu nak beli game, guna duit sendiri......



Jadinya sekarang ni diorang dah boring dgn menu bekal yg selalu dibawak, budak2 ni suruh tukar, tp tak dak idea la..........................



currently, menu nya sosej, nugget, nasi goreng, roti krim gardenia/high 5 yang satu 60sen tu.... atau sekali sekala bawak roti yg dibeli dari bakery, kalau nak bawak frozen food mcm karipap @ donut selalunya akan jadi keras bila waktu rehat nanti..kesian pulak budak2 ni nak mengunyah.............

kalau nak beli kuih @ nasi lemak, selalunya tak sempat, sbb org ramai pagi2 ni beratur...
tu lah..buntu betul fikiran nak memikirkan benda2 macam nih!!!!! tu tak masuk lg ttg nak masak apa waktu tengahari nanti, tu pun lagi satu isu besar untuk ditangani... macam tu lah kalau dah jadi surirumah ni...

ok la, mata dah ngantuk sangat nih, sbb petang tadi, aktiviti harian heavy sangat...
bye...

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM



eeeh...macamana nak start tulis blog nihh....

sebenarnya saya ni buta IT,umur dah lewat 30an, work@home mum, anak lelaki 4 org, tak ada anak pompuan,yg saya tahu tentang IT ialah surf internet cari benda apa nak baca (especially newspapers),atau tolong cari bank soalan utk anak2, then check email...other than that, i don't know, yang nak start blogging ni pun sbb ada masa sikit sekarang ni, tak busy sangat dengan kerja kat rumah, jadinya tak nak lah dikatakan ketinggalan zaman, sbb tu nak start blogging nihh, lagi pun boleh jugak mencurahkan isi isi yg terbuku di hati sbb tak byk masa nak bercerita dgn kengkawan........

so this will be my first posting, I feel so teruk....hopefully I will get a constructive comments from anybody who interested to comment about my first posting...

I will @ my best to consistently post entry for this blog, may be 2-3 hari sekali @ sehari sekali...

ok la, laen kali akan post lagi, kalau tak dak org nak baca pun, tak pe lah, I akan baca sendiri...
eeeiii kesiannya!!